KARYA ASAL: Hassuna Binti Abdul Rahman
05022011:0034
Damaikah kita… bila,
Saban hari dihidangkan dengan berita luka
Saban hari didendangkan dengan alunan sengsara
Saban hari ditidurkan dengan cerita duka
Damaikah kita… bila,
Manusia sudah hilang rasa cintanya
Sudah pudar rasa ihsannya
Sudah luput sifat sabarnya
Sudah lenyap identiti bangsanya
Sudah terhakis agamanya
Damaikah kita…bila,
Rakyat takut berbicara
Dek kerana kejamnya amir mereka
Dek kerana laparkan harta
Dek kerana dahagakan pangkat di dunia
Damaikah kita…bila,
Wanita sudah hilang rasa malunya
Anak menjadi tuan kepada ibunya
Guru hanya mengajar bukan mendidik adab dan susila
Damaikah kita…bila,
Semakin ramai rakyat merempat
Semakin teduh dan rehatnya tidak bertempat
Damaikah kita…bila?
Agama dihina,
Agama dipersenda,
Agama dicaci cerca,
Agama diperlakukan seperti budaya
Damaikah kita…bila,
Kita bukan lagi kita
Kita bukan lagi sesiapa
Kita sudah miskin segala
Kita sudah hilang harta yang paling berharga
Yang tiada dijual dimana-mana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan