5/10/11

IBLIS

IBLIS

Karya: Hassuna Binti Abdul Rahman

28/12/2010

Bisikan iblis selalu memburuku

Mintaku jadi temannya

Mintaku jadi pengiringnya

Mintaku jadi sahabatnya

Tanpa jemu..

Terus dan terus memujukku

Janjinya hanya satu..

‘Ikutku.. dunia akan jadi milikmu’

Terbuai manusia dengan janjinya

Janji yang tinggal janji

Mengharapkan pada yang tak pasti

Dosa pahala di tolak tepi

Kemungkaran melata di seantero dunia

Syaitan jadi kawan

Allah jadi lawan

Dari manusia yang mengaku bertuhan

Hakikatnya bertuhankan syaitan

Bila bertuhankan syaitan,

Maka,

Ibu melahirkan tuannya

Zina sepanjang jalan

Anak dibuang tanpa belas ehsan

Tudung jadi fesyen ikut-ikutan

‘aqidah jadi taruhan

Arak jadi minuman kegemaran

Masjid-masjid dibina untuk kemegahan

Sedekah ! tunjukkan kekayaan

Angkuh dan sombong jadi kegilaan

Amal ibadat sudah dilupakan

4/10/11

Damaikah Kita

KARYA ASAL: Hassuna Binti Abdul Rahman

05022011:0034

Damaikah kita… bila,

Saban hari dihidangkan dengan berita luka

Saban hari didendangkan dengan alunan sengsara

Saban hari ditidurkan dengan cerita duka

Damaikah kita… bila,

Manusia sudah hilang rasa cintanya

Sudah pudar rasa ihsannya

Sudah luput sifat sabarnya

Sudah lenyap identiti bangsanya

Sudah terhakis agamanya

Damaikah kita…bila,

Rakyat takut berbicara

Dek kerana kejamnya amir mereka

Dek kerana laparkan harta

Dek kerana dahagakan pangkat di dunia

Damaikah kita…bila,

Wanita sudah hilang rasa malunya

Anak menjadi tuan kepada ibunya

Guru hanya mengajar bukan mendidik adab dan susila

Damaikah kita…bila,

Semakin ramai rakyat merempat

Semakin teduh dan rehatnya tidak bertempat

Damaikah kita…bila?

Agama dihina,

Agama dipersenda,

Agama dicaci cerca,

Agama diperlakukan seperti budaya

Damaikah kita…bila,

Kita bukan lagi kita

Kita bukan lagi sesiapa

Kita sudah miskin segala

Kita sudah hilang harta yang paling berharga

Yang tiada dijual dimana-mana

Aku Damai Di Sini

Aku damai di sini

Damai yang tiada berpenghujung

Aku damai di sini

Damai dalam pelukan mahabbah cinta-MU

Damai dalam mengutip mutiara hikmah-MU

Yang tiada penghujung dan tepiannya…

Aku damai di sini

Damai dalam kekalutan manusia mencari cinta dunia

Namun, dalam kekalutan itu…

Masih ada yang tercari-cari cinta-MU.

Aku damai di sini

Tidak terungkap dengan kata-kata

Tidak ternilai dengan harta berjuta

Tidak terpesona oleh santunnya bicara

Aku damai di sini

Mencari-cari makna diri

Mencari akan kekuatan diri

Mencari dan terus mencari

Tanda-tanda keagungan-MU

Ya Rabbul ‘Izzati