14/07/09

W@hdaH PEm@nGkin KhAirul UmM@h...

assalamualaikum... selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekalian... moga sepanjang hari yang berlalu ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah subhanahuwataala.. Insyaallah!

hurm.. mesti sahabat tertanya-tanya kan (walaupun kenyataannya tak pun) kenapa saya memilih tajuk wahdah pemangkin khairul ummah sebagai tajuk kupasan saya pada kali ini! sebenarnya, tajuk Ini saya ambil sempena majlis tilawah Al-quran peringkat kebangsaan yang bermula pada malam ini.. apa yang saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sebenarnya adalah satu slot dalam majlis perasmian tilawah Al-quran ini.. Saya amat tertarik dengan tiga qari jemputan yang buta penglihatannya begitu lancar dan tenang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran walaupun hanya menggunakan tulisan brille.. Subhanallah..! hanya itu yang mampu terukir di bibir saya tatkala melihat ketiga-tiga qari yang hilang penglihatan itu memperdengarkan bacaan mereka.. bukan sahaja lancar tapi begitu menusuk jiwa.. rasa ingin mengalih air mata saya tatkala melihat dan mendengar bacaan tersebut..

cuba kita renungkan sejenak.. mereka yang buta penglihatan pun bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menghayati kalam Allah.. bagaimana kita yang tidak dilahirkan buta seperti mereka? adakah kita menjadikan Al-quran itu sebagai salah satu makanan rohani kita sehari-hari atau kita hanya jadikan Al-Quran itu sebagai bacaan apabila menziarahi orang yang sakit dan meninggal dunia sahaja. Atau... kita menjadikan Al-quran kalam Allah yang mulia itu hanya sebagai hiasan di dinding rumah tanpa mengamalkan ayat-ayat suci itu dalam kehidupan..


alangkah malunya saya tatkala melihat ketiga-tiga sahabat kita yang hilang penglihatan itu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.. sehinggakan terkeluar daripada mulut saya, MATA AKU YANG SEPATUTNYA BUTA BUKAN KETIGA-TIGA HAMBA ALLAH TERSEBUT.. kenapa saya sampai terdetik untuk berkata sedemikian rupa.. hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana kita selalu lupa dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.. bila kita mempunyai pacaindera yang sempurna kita selalu alpa untuk mensyukuri apa yang telah dianugerahkan kepada kita.. kita selalunya mementingkan hal-hal keduniaan dahulu sebelum memikirkan tentang akhirat sedangkan alam yang kekal abadi bukanlah di dunia ini.. hakikat itulah yang sering dilupai oleh orang-orang yang celik seperti kita ini.. maaf saya terpaksa sebutkan walau agak keras bunyi.. CELIK MATA TAPI BUTA HATI berbanding ketiga-tiga qari tersebut yang bolehlah disebut sebagai BUTA MATA TETAPI CELIK HATI...

okay.. hanya sekadar ini sahaja coretan saya pada kali ini.. moga sahabat semua mendapat manfaat daripada coretan saya yang tidak seberapa ini.. moga ia menjadi iktibar kepada kita semua untuk sentiasa membaca Al-quran walau dalam keadaan apa sekalipun... wallahualam..
sekadar meminjam kata-kata profesor izi haji ali.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

11/07/09

PeRK@rA B@iK B@Gi M@nUsiA ( nasIHat LukM@n Al _hAkIm

Luqman Al- Hakim pernah ditanya oleh seorang daripada anaknya: "Duhai ayahku, apakah perkara yang baik bagi manusia?"

Luqman Al-Hakim menjawab: " Beragama".

Anak: "jika ia dua perkara?"

Luqman: "beragama dan berharta".

Anak: "jika tiga...?"

Luqman: "beragama, berharta dan malu..."

Anak: " Jika empat...?"

Luqman: " Beragama, berharta, malu dan baik hati..."

Anak: " Jika lima...?"

Luqman: " Beragama, berharta, malu, baik hati dan dermawan.."

Anak: " jika enam..?"

Luqman menjawab: " wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara yang telah disebutkan tadi, maka ia adalah orang yang bersih lagi bertaqwa. maka ia adalah penegak kepada agama Allah dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan..."

9/07/09

s@lAm PerKenal@lan & salAM JiHaD

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini dengan segala keajaiban dan kenikmatan yang ada di dalamnya.. syukur kehadrat ilahi kerana memberi saya sedikit kesempatan untuk cuba meneroka alam blog ini.. Mungkin blog agak sedikit pelik kerana saya bukanlah orang yang mahir dan arif dalam bidang ini.. Namun, selagi masih bernafas dan diberi akal yang waras insyaAllah saya akan berusaha untuk mengindahkan blog saya ini dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.. moga usaha saya ini mendapat redha daripada Allah.. saya juga mengharapkan bantuan, komentar serta pandangan daripada sahabat-sahabat sekalian. sekurang-kurangnya kita menggunakan kemudahan alam maya ini dengan cara yang terbaik dan diredhai. Moga hari-hari yang mendatang akan menambahkan iman kita, mengukuhkan aqidah dan tauhid kita serta menguatkan semangat jihad kita..