25/10/09

Kaedah ketika seseorang sedang nazak


Inilah kaedah-kaedah yang harus dilaksanakan ketika seseorang itu sedang nazak:

1.Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yaasin – yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terrdekat yang mempunyai perasaan kasih kepada orang yang sedang nazak.
2.Merenung wajah orang yang sedang nazak sebelum surah Yaasin dibacakan untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
3.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz kalimah “Laa ila ha illallah”.
4.Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap kalimah “Laa ila ha illallah” lagi.
5.Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

"Ya Allah, Kau telah hidupkan kami dalam nikmat Iman dan Islam... oleh itu Ya Allah, kami mohon kepada-Mu agar kami dimatikan dalam nikmat iman dan Islam." SALAM JIHAD..

20/08/09

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”


“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.


Wallahu ’alam..
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)
diambil daripada http://tazkirahonline.blogspot.com.. syukran kepada penulis laman blog ini..moga Allah memberikan ganjaran kebaikan kepada penulis tersebut..

" SALAM JIHAD "

14/07/09

W@hdaH PEm@nGkin KhAirul UmM@h...

assalamualaikum... selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekalian... moga sepanjang hari yang berlalu ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah subhanahuwataala.. Insyaallah!

hurm.. mesti sahabat tertanya-tanya kan (walaupun kenyataannya tak pun) kenapa saya memilih tajuk wahdah pemangkin khairul ummah sebagai tajuk kupasan saya pada kali ini! sebenarnya, tajuk Ini saya ambil sempena majlis tilawah Al-quran peringkat kebangsaan yang bermula pada malam ini.. apa yang saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sebenarnya adalah satu slot dalam majlis perasmian tilawah Al-quran ini.. Saya amat tertarik dengan tiga qari jemputan yang buta penglihatannya begitu lancar dan tenang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran walaupun hanya menggunakan tulisan brille.. Subhanallah..! hanya itu yang mampu terukir di bibir saya tatkala melihat ketiga-tiga qari yang hilang penglihatan itu memperdengarkan bacaan mereka.. bukan sahaja lancar tapi begitu menusuk jiwa.. rasa ingin mengalih air mata saya tatkala melihat dan mendengar bacaan tersebut..

cuba kita renungkan sejenak.. mereka yang buta penglihatan pun bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menghayati kalam Allah.. bagaimana kita yang tidak dilahirkan buta seperti mereka? adakah kita menjadikan Al-quran itu sebagai salah satu makanan rohani kita sehari-hari atau kita hanya jadikan Al-Quran itu sebagai bacaan apabila menziarahi orang yang sakit dan meninggal dunia sahaja. Atau... kita menjadikan Al-quran kalam Allah yang mulia itu hanya sebagai hiasan di dinding rumah tanpa mengamalkan ayat-ayat suci itu dalam kehidupan..


alangkah malunya saya tatkala melihat ketiga-tiga sahabat kita yang hilang penglihatan itu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.. sehinggakan terkeluar daripada mulut saya, MATA AKU YANG SEPATUTNYA BUTA BUKAN KETIGA-TIGA HAMBA ALLAH TERSEBUT.. kenapa saya sampai terdetik untuk berkata sedemikian rupa.. hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana kita selalu lupa dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.. bila kita mempunyai pacaindera yang sempurna kita selalu alpa untuk mensyukuri apa yang telah dianugerahkan kepada kita.. kita selalunya mementingkan hal-hal keduniaan dahulu sebelum memikirkan tentang akhirat sedangkan alam yang kekal abadi bukanlah di dunia ini.. hakikat itulah yang sering dilupai oleh orang-orang yang celik seperti kita ini.. maaf saya terpaksa sebutkan walau agak keras bunyi.. CELIK MATA TAPI BUTA HATI berbanding ketiga-tiga qari tersebut yang bolehlah disebut sebagai BUTA MATA TETAPI CELIK HATI...

okay.. hanya sekadar ini sahaja coretan saya pada kali ini.. moga sahabat semua mendapat manfaat daripada coretan saya yang tidak seberapa ini.. moga ia menjadi iktibar kepada kita semua untuk sentiasa membaca Al-quran walau dalam keadaan apa sekalipun... wallahualam..
sekadar meminjam kata-kata profesor izi haji ali.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

11/07/09

PeRK@rA B@iK B@Gi M@nUsiA ( nasIHat LukM@n Al _hAkIm

Luqman Al- Hakim pernah ditanya oleh seorang daripada anaknya: "Duhai ayahku, apakah perkara yang baik bagi manusia?"

Luqman Al-Hakim menjawab: " Beragama".

Anak: "jika ia dua perkara?"

Luqman: "beragama dan berharta".

Anak: "jika tiga...?"

Luqman: "beragama, berharta dan malu..."

Anak: " Jika empat...?"

Luqman: " Beragama, berharta, malu dan baik hati..."

Anak: " Jika lima...?"

Luqman: " Beragama, berharta, malu, baik hati dan dermawan.."

Anak: " jika enam..?"

Luqman menjawab: " wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara yang telah disebutkan tadi, maka ia adalah orang yang bersih lagi bertaqwa. maka ia adalah penegak kepada agama Allah dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan..."

9/07/09

s@lAm PerKenal@lan & salAM JiHaD

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini dengan segala keajaiban dan kenikmatan yang ada di dalamnya.. syukur kehadrat ilahi kerana memberi saya sedikit kesempatan untuk cuba meneroka alam blog ini.. Mungkin blog agak sedikit pelik kerana saya bukanlah orang yang mahir dan arif dalam bidang ini.. Namun, selagi masih bernafas dan diberi akal yang waras insyaAllah saya akan berusaha untuk mengindahkan blog saya ini dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.. moga usaha saya ini mendapat redha daripada Allah.. saya juga mengharapkan bantuan, komentar serta pandangan daripada sahabat-sahabat sekalian. sekurang-kurangnya kita menggunakan kemudahan alam maya ini dengan cara yang terbaik dan diredhai. Moga hari-hari yang mendatang akan menambahkan iman kita, mengukuhkan aqidah dan tauhid kita serta menguatkan semangat jihad kita..